Usia lanjut Saudah binti Zam'ah

Dikhabarkan, selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat, ketika bergelar Amirul Mukminin, Umar bin Al-Khattab r.a. telah mengirim seuncang wang dirham Saudah binti Zam'ah sebagaimana dilakukannya kepada semua isteri-isteri baginda. Walau bagaimanapun, Saudah memanggil pembantu perempuannya untuk membawakan talam, lalu memisah-misahkan dirham itu dan mendermakan semua dirham itu tanpa sebarang baki untuk dirinya.

Sepanjang hujung usianya, beliau lebih banyak beribadah dan masih menjalinkan hubungan rapat dengan Aisyah.[4] Beliau wafat di Madinah sekitar September atau Oktober 674.[5]

Khalifah Muawiyah I, khalifah pertama bagi Kerajaan Bani Umaiyah, kemudiannya membeli rumah beliau di Madinah dengan harga 180,000 dirham.